Ahad, 17 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009

KTADFA mengucapkan SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru-guru KTADFA yang telah memberikan sumbangan
mendidik anak-anak murid KTADFA Taman Jaya 4 sejak tahun 2003
hingga ke hari ini.
Jasa dan pengorbanan kalian amat ternilai dan tidak terbalas dengan
wang ringgit elaun yang diberikan.
Sumbangan kalian telah melahirkan ramai murid yang berjaya
mendekati diri dengan al-Quran.

Khamis, 14 Mei 2009

Pak Wan Dalam Kenangan

En. Wan Shaari bin Wan Yusof merupakan salah seorang AJK KTADFA yang bertanggungjawab di bahagian kebajikan. Beliau bertugas sebagai pegawai Telekom di Temerloh. Pada 15 Mei 2009 beliau telah ditukarkan bertugas di Telekom Kota Bahru. Beliau dan keluarga akan berpindah ke Wakaf Baru Kelantan pada pertengahan cuti penggal persekolahan nanti.
En. Wan Shaari atau lebih mesra dipanggil Pak Wan telah banyak memberikan khidmat sukarela dan sumbangan bakti kepada segala aktiviti yang dianjurkan sama ada oleh KTADFA ataupun aktiviti Surau Raudhatul Falah. Beliau merupakan ahli jemaah tetap surau. Beliau memberi komitmen yang besar dalam menguruskan takaful khairat untuk keluarga-keluarga penduduk Taman Jaya 4.
Pak Wan merupakan seorang yang mudah didekati dan mesra dalam pergaulan. Beliau sentiasa murah dengan senyuman.
Surau Raudhatul Falah dan KTADFA merasa kehilangan beliau. Semoga beliau selamat di dunia dan akhirat dan berbahagia di kampung halamannya.

Kenangan semasa khemah Ibadah KTADFA 2008
Sedang menunggu giliran acara menyumpit sempena sukaneka Khemah Ibadah KTADFA 2008
Menyertai pertandingan menyumpit sukaneka KTADFA 2008
Jamuan perpisahan Pak Wan di Surau Raudhatul Falah
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat sempena perpisahan Pak Wan.

MAJLIS PERPISAHAN PAK WAN


Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Untuk En. Wan Shaari bin Wan Yusof Bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat. Anak Pak Wan berbaju hijau (Abang) dan berbaju merah hati (Wan Mohamad Syahmi)
Cenderahati dari AJK Surau Raudhatul Falah kepada PAK WAN di sampaikan oleh Ust Hasbullah (Tim. Pengerusi Surau).
Gambar-gambar sekitar jamuan perpisahan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Visit Terengganu Part IX (Perjalanan Pulang Dalam Keletihan)















Kenangan terakhir berhampiran bas di kawasan Masjid Geliga Kemaman.
Persiapan terakhir sebelum bertolak pulang ke Temerloh, berhampiran Masjid Geliga Kemaman.

Visit Terengganu Part VIII (Pasar Payang dan Naik Bot Penambang)



Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu
Hotel Felda, pemandangan dari dalam bot.
Bot Peronda Polis Marin
Anak-anak nelayan sedang bersuka ria mandi manda
Bot Nelayan di perairan Seberang Takir
Pemandangan dari dalam bot Kubah Masjid Al-Aqsa
Masjid Kristal pemandangan dari Bot
Bot Berhampiran Pulau Wan Man


Kapal Mewah Asean Ladys sedang berlabuh di perairan Seberang Takir




Bot Penambang kami sewa untuk meninjau perairan Seberang Takir, Pulau Duyung dan Pulau Wan Man. RM40.00 untuk satu bot yang boleh memuatkan 30 orang kanak-kanak campur dewasa.

Ahli rombongan membeli belah di Pasar Payang

Rabu, 6 Mei 2009

Visit Terengganu Part VII (Muzium Terengganu)

Di hadapan pintu pagar Muzium Terengganu
Kereta Rasmi DYMM Sultan Terengganu
Pintu Masuk Utama Muzium. Setakat ini sahaja boleh ambil gambar. Kat dalam dilarang.

Pameran Kereta Perisai PDRM Zaman Darurat
Pameran Kereta Perisai PDRM Zaman Darurat
Pameran Kereta Perisai PDRM zaman darurat.

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007