Jumaat, 25 September 2009

TAZKIRAH SYAWAL 2009


Etika Berpakaian Dan Berhias :

1. Disunatkan memakai pakaian baru, bagus dan bersih. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya di saat beliau melihatnya mengenakan pakaian jelek :”Apabila Allah mengurniakan kepadamu harta, maka tampakkanlah bekas nikmat dan kemurahan-Nya itu pada dirimu. (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani).
2. Pakaian harus menutup aurat, iaitu longgar tidak membentuk lekuk tubuh dan tebal tidak memperlihatkan apa yang ada di baliknya.
3. Pakaian laki-laki tidak boleh menyerupai pakaian perempuan atau sebaliknya. Kerana hadith yang bersumber dari Ibnu Abbas Radhiallaahu 'anhu ia menuturkan: “Rasulullah melaknat (mengutuk) kaum laki-laki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.” (HR. Al-Bukhari). Tasyabbuh atau penyerupaan itu boleh dalam bentuk pakaian ataupun lainnya.
4. Pakaian tidak merupakan pakaian show (untuk ketenaran), kerana Rasulullah Radhiallaahu 'anhu telah bersabda: “Barang siapa yang mengenakan pakaian ketenaran di dunia niscaya Allah akan mengenakan padanya pakaian kehinaan di hari Kiamat.” ( HR. Ahmad, dan dinilai hasan oleh Al-Albani).
5. Pakaian tidak boleh ada gambar makhluk yang bernyawa atau gambar salib, kerana hadith yang bersumber dari Aisyah Radhiallaahu 'anha menyatakan bahawa sanya beliau berkata: “Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam tidak pernah membiarkan pakaian yang ada gambar salibnya melainkan Nabi menghapusnya”. (HR. Al-Bukhari dan Ahmad).
6. Laki-laki tidak boleh memakai emas dan kain sutera kecuali dalam keadaan terpaksa. Kerana hadith yang bersumber dari Ali Radhiallaahu 'anhu mengatakan: “Sesungguhnya Nabi Allah Subhaanahu wa Ta'ala pernah membawa kain sutera di tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, lalu beliau bersabda: Sesungguhnya dua jenis benda ini haram bagi kaum lelaki dari umatku”. (HR. Abu Daud dan dinilai sahih oleh Al-Albani).
7. Pakaian laki-laki tidak boleh panjang melebihi kedua mata kaki. Kerana Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : “Apa yang berada di bawah kedua mata kaki dari kain itu di dalam neraka” (HR. Al-Bukhari). Adapun perempuan, maka seharusnya pakaiannya menutup seluruh badannya, termasuk kedua kakinya. Adalah haram hukumnya orang yang menyeret (menggusur) pakaiannya kerana sombong dan bangga diri. Sebab ada hadith yang menyatakan : “Allah tidak akan memperhatikan di hari Kiamat kelak kepada orang yang menyeret kainnya kerana sombong”. (Muttafaq’alaih).
8. Disunnatkan mendahulukan bahagian yang kanan di dalam berpakaian atau lainnya. Aisyah Radhiallaahu 'anha di dalam hadithnya berkata: “Rasulullah Shallallaahu ’alaihi wa sallam suka bertayammun (memulai dengan yang kanan) di dalam segala perihalnya, ketika memakai sandal, menyisir rambut dan bersuci’. (Muttafaq’-alaih).

9. Disunnatkan kepada orang yang mengenakan pakaian baru membaca :
اَلحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
“Alhamdulillaahilladzii hadzaattauba wa razaqaniihi min ghairi haulin minnii wa laa qawwatin” “Segala puji bagi Allah yang telah menutupi aku dengan pakaian ini dan mengurniakannya kepada-ku tanpa daya dan kekuatan dariku”. (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).
10. Disunatkan memakai pakaian berwarna putih, kerana hadith mengatakan: “Pakailah yang berwarna putih dari pakaianmu, kerana yang putih itu adalah yang terbaik dari pakaian kamu...” (HR. Ahmad dan dinilai sahih oleh Albani).
11. Disunatkan menggunakan wangian bagi laki-laki dan perempuan, kecuali bila keduanya dalam keadaan berihram untuk haji ataupun umrah, atau jika perempuan itu sedang berihdad (berkabung) atas kematian suaminya, atau jika ia berada di suatu tempat yang ada laki-laki asing (bukan mahramnya), kerana larangannya sahih.
12. Haram bagi perempuan memasang tato, menipiskan bulu alis, memotong gigi supaya cantik dan menyambung rambut (bersanggul). Kerana Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam di dalam hadithnya mengatakan: “Allah melaknat (mengutuk) wanita pemasang tato dan yang minta ditatoi, wanita yang menipiskan bulu alisnya dan yang meminta ditipiskan dan wanita yang meruncingkan giginya supaya kelihatan cantik, (mereka) mengubah ciptaan Allah”. Dan di dalam riwayat Imam Al-Bukhari disebutkan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya”. (Muttafaq’alaih).

Sabtu, 19 September 2009

LEMANG CAMPURAN & RENDANG RUSA

PROJEK BERLEMANG PERDANA TAMAN JAYA 4

Tarikh : 19 September 2009 bersamaan 29 Ramadan 1430H
Hari : Sabtu

Beberapa orang penduduk Taman Jaya 4 telah bersepakat untuk membakar lemang secara bersama. Seramai 15 orang telah bersetuju menyertainya dengan modal setiap seorang RM52.00. Di samping itu daging rusa dimasak rendang. Kesemuanya 235 batang telah dibakar. Setiap seorang memperolehi 14 batang lemang dan 1kg rendang rusa. Lebihan batang lemang telah diagihkan kepada penyumbang buluh lemang dan tempahan dari ahli yang bayar lebih serta pemandu hilux. 15 kg daging rusa telah dimasak rendang oleh Hj. Azaman dan Ustaz Hasbullah. Projek Lemang 2009 ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd Nawawi bin Abdul Hamid. Projek ini disertai oleh Ust. Hasbullah, Ust. Zulquarnain, Ust. Nawawi, Hj. Azaman, Cikgu Saparwan, Cikgu Kamarul, Cikgu Dollah, Abang Din, En. Leman, Cikgu Suhar, Hajjah Fatimah, Jiran Abang Din, Ajies Burger dan Cikgu Zuki. Projek mencari lemang telah dijalankan pada hari Rabu di Kampung ust Nawawi. Daun pisang sumbangan cikgu Kamarul. Hilux baru Haji Azaman digunakan sebagai kenderaan rasmi projek.
Projek memasak lemang bermula selepas solat subuh hari sabtu dan berakhir tepat masuk waktu Asar. Pada sebelah malam selepas berbuka puasa diadakan tahlil dan takbir raya serta kenduri makan lemang dan pulut kukus. Projek pertama kali bagi Taman Jaya 4 ini telah berjaya merapat hubungan ukhuwah di antara ahli yang menyertainya. Masing-masing berpuashati dengan hasil yang lumayan dari projek ini. Kalau beli lemang di pasaran harganya mencecah RM8.00. Jika 10 batang maka kosnya RM80.00 untuk lemang sahaja tanpa rendang. Dengan modal RM52.00 ahli mendapat 14 batang lemang dan 1kg rendang rusa. Harga rusa dipasaran sekarang bernilai RM33.00 hingga Rm50.00 sekilogram. Memang berbaloi projek lemang ini.
Sesiapa yang berhajat untuk menyertainya pada tahun akan datang boleh menghubungi Tn. Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid, Pengerusi Projek Lemang Taman Jaya 4, Tel : 0139301733.
Tn. Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid
Pengerusi Tetap Projek Lemang Taman Jaya 4
Persiapan awal untuk membakar lemang dilakukan ahli projek lemang 2009.

Ustaz Nawawi dan En. Leman pakar dalam melayorkan daun pisang atas api dapur gas
Kaum muslimat Taman Jaya 4 yang turut membantu menjayakan projek lemang 2009
Cikgu Hj. Azaman menyiapkan bahan-bahan untuk rendang rusa
Pulut biasa dicampur dengan sedikit pulut hitam
Cikgu Kamarul pakar memasukkan daun pisang ke dalam buluh
Kayu api disusun sebelum dihidupkan api untuk membakar lemang.
Api telah dihidupkan untuk membakar lemang
Menyiang daging rusa
Abang Din merasmikan pembakaran lemang perdana Taman Jaya 4 sejumlah 235 batang.
Ajies Burger dan Cikgu Dollah pakar memasukkan pulut dalam lemang
Ustaz Nawawi memasukkan pulut dalam buluh lemang
235 batang lemang telah dibakar
Cikgu Saparwan, Abang Din dan Cikgu Suhar petugas membakar lemang
Ustaz Hasbullah sedang memasak rendang rusa.
Abang Din membelah lemang pertama yang siap dimasak.
Lemang campuran pulut hitam siap dimasak dan dibelah cuma tidak boleh dirasa ketika ini kerana puasa
Rendang Rusa masak baiduri
Pengerusi Projek Lemang 2009 Tn Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid

Lemang dan rendang rusa siap untuk diagihkan kepada ahli yang menyertai projek lemang 2009
Lemang terakhir dibakar
Keletihan membakar lemang
Lemang siap dimasak
Sekian. Wassalam. Dari Blogger KTADFA.

Sabtu, 12 September 2009


TAZKIRAH


5 PELUANG PERCUMA


RasuluLlah saw bersabda,
اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك
قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
Maksudnya,” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu, (2)masa sihat mu
sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu,
(4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa hidup mu
sebelum mati mu” riwayat Muslim.

1. Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti kerana masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental…..peluang yang baik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal.
Masa muda tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua.
Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan….pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan selayaknya, pasti meninggalkan kenangan pahit di hari tua. Masa tua segala-segalanya tidak indah….tenaga sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, telinga sudah berat……….akhirnya sering dilanda sakit.

2. Sihat adalah kurnia Allah yang amat berharga…..jagalah dia sebaik mungkin. Jangan lakukan aktiviti yang merosakkan diri seperti merokok, menagih arak dan dadah. Tanpa sihat seluruh nikmat hidup akan hilang……makanan lazat dirasakan hambar, tilam empuk dirasakan tempat penyiksaan, ibadat terganggu, wang ringgit habis……segala-galanya terganggu. Nikmat sihat hanya disedari setelah dia sakit.

3. Harta-kaya boleh bertambah dan musnah dalam masa sekelip mata. Harta adalah anugerah
dan amanah Allah. Cara mencari dan menggunakannya mestilah mengikut peraturan dan undang-undang Allah. Carilah harta sebanyak mungkin TETAPI jangan jadi Qarun yang mabuk dengan harta, harta menjadikannya sombong, bakhil, tidak bersyukur, menentang kebenaran…..akhirnya diazab. Harta dimanfaatkan untuk ….…anak keluarga, fakir miskin, ibadat, agama, jihad-perjuangan dan lain-lain.

4. Masa lapang perlulah dihargai. Masa sangatlah bernilai. Masa adalah usia dan kehidupan itu
sendiri.Masa amatlah terbatas mengikut usia yang telah ditentukan sejak azali. Umur bagi umat ini seusia Nabi akhir zaman l/kurang 60 tahun. Ingat! 1/3 usia habis untuk tidur, tak termasuk masa kanak-kanak. Baki umur yang ada hanyalah separuh (30 tahun)……gunakannya sebaik mungkin untuk menyiapkan bekalan pengembaraan yang jauh, pengembaraan ke akhirat.SIBUK bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan bekalan. Penuhilah masa lapang dgn program berfaedah.

5. Hidup sebelum mati. Peluang ini hanyalah sekali jua. Dia dipilih jutaan benih seorang ayah.
Sepatutnya dia bersyukur dan mengisi kehidupan dengan program yang bermanfaat.
Setiap yang hidup….pastikan mati. كل نفس ذائقة الموت

Sabda Nabi saw, أكثروا من ذكر هاذم اللذات
Maksudnya, [ Perbanyakkanlah mengingati perkara-perkara yang menghapuskan
kelazatan (maut) ]
Dan sabdaNya lagi ---------- كفى بالموت واعظا = Cukuplah mati itu menjadi penasihat.

SabdaNya lagi, أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت، وأشدهم استعداد له، أولئك هم الأكياس،
ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة
Maksudnya, [ Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan yang sangat membuat persediaan untuk menghadapinya (mati). Mereka itulah orang-orang
yang bijaksana (cerdik). Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat].

Lihat firman Allah, قل إن الموت الذى تفرون منه فإنه ملاقيكم،
ثم تردون إلى عالم الغيب والشهادة ، فينبئكم بما كنتم تعملون - سورة الجمعة : 8

Maksudnya, [ Katakanlah; bahawasanya mati yang kamu lari daripadanya itu PASTI akan
menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang
mengetahui yang ghaib dan nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala apa
yang telah kamu lakukan].

Orang yang tenggelam dalam lautan dunia dan syahwat AKAN bencikan mengingati mati dan cuba untuk lari daripada mati. Orang yang tenggelam dalam arus keduniaan tidak akan mengingati mati. Kalau ingatpun kerana sedih yang dirinya akan meninggalkan harta benda itu.

Orang yang bertaubat dengan sebenarnya ialah orang yang sentiasa mengingati mati yang akan tiba, sehingga timbul dalam hatinya perasaan cemas dan takut. Perasaan sebegini akan menggerakkan dirinya untuk beramal dan terus melakukan amal kebajikan.

Orang yang mengenal dirinya PASTI akan sentiasa mengingati maut pada bila-bila masa. KERANA dengan matilah dia boleh bertemu dengan Kekasihnya yang ditunggu-tunggu seperti orang yang sedang bercinta. Bukankah orang yang sedang mabuk bercinta tidak pernah melupai janjinya untuk bertemu kekasihnya??????

Cara untuk mengingati mati;
a- Mengenang dan mengingati kawan-kawan yang lebih dahulu meninggalkan kita. Kenangkan bagaimana nasib mereka di dalam kubur. Bayangkan bertapa tanah telah menghilangkan rupa mereka, hancur lumat dimakan tanah. Mereka tidak dapat lagi ke mesjid . Mereka tidak dapat lagi menghadiri majlis pertemuan dan lainnya.
b- Menziarahi kubur dan orang sakit. Ini akan memperbaharui tekad untuk mengingati mati di dalam hati. Maka dengan itu mudahlah membuat persiapan-bekalan untuk mati dan terhindar daripada tipu daya dunia.

Ingatlah! Bahawa segala yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Tidak dapat tidak kita akan berpisah juga dengannya. Kata seorang penyair,
فَمَا قَضَى أَحَدٌ مِنهَا لُبَانَتَهُ * وَمَاانتَهَى أَرَبٌ إِلا إِلَى أَرَبِ
Maksudnya: “Tidak pernah selesai manusia daripada keperluan dunianya.
Melainkan selesai yang satu berpindah pula kepada yang lainnya”

والله أعلم

Jumaat, 11 September 2009

PESERTA TADARUS AL-QURAN 1430H/2009

Berikut adalah peserta tetap tadarus al-Quran 1430H/2009M :

1. Tn. Hj. Hasbullah bin Awang Naib.
2. Tn. Hj. Zulquarnain bin Ali.
3. En. Saparwan bin Ibrahim.
4. Tn. Hj. Burhanuddin bin Mohd Arof.
5. Tn. Hj. Azaman bin Sahak.
6. En. Pudzil
7. En. Abu Bakar.
8. En. Kamarulzaman bin Ariffin.
9. Adik Abdullah Hafiz bin Zulquarnain
10. Adik Ammar Muzammil bin Kamarulzaman.
11. Adik Amirul Zahin bin Saparwan.
12. Adik Aizat Hariz bin Zulquarnain.

Peserta berkala :

1. Ustaz Hisyamuddin.
2. Sdr. Najmuddin bin Hasbullah al-Hafiz.
3. Sdr. Mohamad Adib bin Saparwan.
4. Sdr. Ahmad Faiz bin Zulquarnain.
5. Sdr. Mohd Fazirul bin Mohd. Suhar.

Tadarus al-Quran ini berjaya dilaksanakan hingga malam 22 Ramadan 1430H.
Majlis khatam al-Quran akan dijalankan pada malam 23 Ramadan 1430H bersamaan 12 Sept. 2009.

Sabtu, 5 September 2009

TADARUS AL-QURAN SURAU RAUDHATUL FALAH

MAJLIS TADARUS AL-QURAN RAMADAN 1430H
SURAU RAUDHATUL FALAH, TAMAN JAYA 4, TEMERLOH.
Surau Raudhatul Falah Taman Jaya 4, menganjurkan majlis tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan bermula 1 Ramadan hingga 28 Ramadan. Ianya dibahagiankan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada kaum muslimin bersama kanak-kanak lelaki. Diadakan pada sebelah malam setiap hari selepas solat tarawih. Kumpulan kedua diwakili oleh kaum muslimat. Diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad selepas solat Subuh dan sebelah pagi sepanjang cuti persekolahan lalu.
AMAR MUZAMMIL (Baju Coklat), ABDULLAH HAFIZ (Baju Biru) AMIRUL ZAHIN (Baju Kuning)

USTAZ HASBULLAH dan AIZAT HARIZ



CIKGU SAPARWAN, CIKGU KAMARUL DAN CIKGU BURHANUDDIN

USTAZ HASBULLAH, AMAR MUZAMMIL dan EN. PUDZIL (Ajies Burger)

AMAR MUZAMMIL. EN. PUDZIL dan HAJI AZAMAN

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU RAUDHTUL FALAH


Majlis Berbuka Puasa Surau Raudhatul Falah Tahun 1430H/2009M


Surau Raudhatul Falah telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadan 1430H. AJK surau dan penduduk taman telah bergotong royong memasak lauk pauk untuk berbuka. Menu yang disediakan cukup simple iaitu ayam goreng bersalut, masak lemak cili api nenas campur ikan talang, kerabu togeh dan ulam-ulaman serta minuman air bandung, teh o dan teh tarik. Sedikit agar-agar, tembikai dan buah kurma.


Kehadiran penduduk taman agak menggalakkan seperti biasa pada tahun-tahun yang lepas. Majlis berbuka puasa ini diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid KTADFA Shoutul Walad.


Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran YB Kuala Semantan, Tuan Syed Hamid bin Syed Mohamad. Beliau diberikan kesempatan untuk menyampaikan tazkirah Ramadan.

YB Kuala Semantan YB Tuan Syed Hamid Syed Mohamad

Surau Raudhatul Falah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang majlis berbuka puasa pada tahun ini.



Gotong royong memasak untuk berbuka puasa

Bersedia mendapatkan makanan untuk berbuka puasa

Cikgu Habibah (Ketua Muslimat Surau) menguruskan pembungkusan lauk untuk petugas berbuka puasa.

Menunggu waktu berbuka.

Tok Imam Paya Luas (Ustaz Nawawi Budin) berbuka puasa dengan sebotol air gau

Kaum muslimat dan anak-anak berbuka puasa di dalam surau

Persembahan kumpulan nasyid KTADFA Shoutul Walad.

Ucapan & tazkirah disampaikan oleh YB Tuan Syed Hamid b. Syed Mohamad
Adun Kuala Semantan

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007