KTADFA mengucapkan SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru-guru KTADFA yang telah memberikan sumbangan
mendidik anak-anak murid KTADFA Taman Jaya 4 sejak tahun 2003
hingga ke hari ini.
Jasa dan pengorbanan kalian amat ternilai dan tidak terbalas dengan
wang ringgit elaun yang diberikan.
Sumbangan kalian telah melahirkan ramai murid yang berjaya
mendekati diri dengan al-Quran.
Ahad, 17 Mei 2009
Khamis, 14 Mei 2009
Pak Wan Dalam Kenangan
En. Wan Shaari atau lebih mesra dipanggil Pak Wan telah banyak memberikan khidmat sukarela dan sumbangan bakti kepada segala aktiviti yang dianjurkan sama ada oleh KTADFA ataupun aktiviti Surau Raudhatul Falah. Beliau merupakan ahli jemaah tetap surau. Beliau memberi komitmen yang besar dalam menguruskan takaful khairat untuk keluarga-keluarga penduduk Taman Jaya 4.
Pak Wan merupakan seorang yang mudah didekati dan mesra dalam pergaulan. Beliau sentiasa murah dengan senyuman.
Surau Raudhatul Falah dan KTADFA merasa kehilangan beliau. Semoga beliau selamat di dunia dan akhirat dan berbahagia di kampung halamannya.
MAJLIS PERPISAHAN PAK WAN
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Untuk En. Wan Shaari bin Wan Yusof
Bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat.
Anak Pak Wan berbaju hijau (Abang) dan berbaju merah hati (Wan Mohamad Syahmi)
Cenderahati dari AJK Surau Raudhatul Falah kepada PAK WAN di sampaikan oleh Ust Hasbullah (Tim. Pengerusi Surau).

Gambar-gambar sekitar jamuan perpisahan.

Jumaat, 8 Mei 2009
Visit Terengganu Part VIII (Pasar Payang dan Naik Bot Penambang)
Rabu, 6 Mei 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah
