PROJEK BERLEMANG PERDANA TAMAN JAYA 4
Tarikh : 19 September 2009 bersamaan 29 Ramadan 1430H
Hari : Sabtu
Beberapa orang penduduk Taman Jaya 4 telah bersepakat untuk membakar lemang secara bersama. Seramai 15 orang telah bersetuju menyertainya dengan modal setiap seorang RM52.00. Di samping itu daging rusa dimasak rendang. Kesemuanya 235 batang telah dibakar. Setiap seorang memperolehi 14 batang lemang dan 1kg rendang rusa. Lebihan batang lemang telah diagihkan kepada penyumbang buluh lemang dan tempahan dari ahli yang bayar lebih serta pemandu hilux. 15 kg daging rusa telah dimasak rendang oleh Hj. Azaman dan Ustaz Hasbullah. Projek Lemang 2009 ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd Nawawi bin Abdul Hamid. Projek ini disertai oleh Ust. Hasbullah, Ust. Zulquarnain, Ust. Nawawi, Hj. Azaman, Cikgu Saparwan, Cikgu Kamarul, Cikgu Dollah, Abang Din, En. Leman, Cikgu Suhar, Hajjah Fatimah, Jiran Abang Din, Ajies Burger dan Cikgu Zuki. Projek mencari lemang telah dijalankan pada hari Rabu di Kampung ust Nawawi. Daun pisang sumbangan cikgu Kamarul. Hilux baru Haji Azaman digunakan sebagai kenderaan rasmi projek.
Projek memasak lemang bermula selepas solat subuh hari sabtu dan berakhir tepat masuk waktu Asar. Pada sebelah malam selepas berbuka puasa diadakan tahlil dan takbir raya serta kenduri makan lemang dan pulut kukus. Projek pertama kali bagi Taman Jaya 4 ini telah berjaya merapat hubungan ukhuwah di antara ahli yang menyertainya. Masing-masing berpuashati dengan hasil yang lumayan dari projek ini. Kalau beli lemang di pasaran harganya mencecah RM8.00. Jika 10 batang maka kosnya RM80.00 untuk lemang sahaja tanpa rendang. Dengan modal RM52.00 ahli mendapat 14 batang lemang dan 1kg rendang rusa. Harga rusa dipasaran sekarang bernilai RM33.00 hingga Rm50.00 sekilogram. Memang berbaloi projek lemang ini.
Sesiapa yang berhajat untuk menyertainya pada tahun akan datang boleh menghubungi Tn. Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid, Pengerusi Projek Lemang Taman Jaya 4, Tel : 0139301733.
Pengerusi Tetap Projek Lemang Taman Jaya 4
Ustaz Nawawi memasukkan pulut dalam buluh lemang
Wou....ramai yg puji....lemeng dn rendang rusa mmg kelasss.....kalah lemang yg di jual tepi jln..yg hanya nk kaut untung lebih2....tahniah peserta projek lemang TJ4....hubungan makin mesra mentua makin sayang...sebeb bawa balik lemang dan rendang rusa yg kelasss....(kebanyakan peserta adalah yg kene giliran beraya rumah mentua....
BalasPadam