Rabu, 17 Jun 2009

PROJEK BANGUNAN KELAS KTADFA


"TOLONG KAMI, BANTU KAMI, PELAJAR-PELAJAR, KELAS TAHFIZ"
"TOLONG KAMI, BANTU KAMI, PELAJAR-PELAJAR, KELAS TAHFIZ"
"ADUHAI INSAN-INSANI, TOLONGLAH KAMI"
"AGAR DAPAT KAMI BELAJAR, DENGAN HATI TENANG."

Kelas Tahfiz al-Quran dan Fardhu Ain (KTADFA), Taman Jaya 4 ketika ini menumpang bangunan Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4 untuk sesi pembelajaran. Bilangan pelajar setakat ini seramai 55 orang dan semakin mendapat permintaan dari penduduk sekitar. Memandangkan pasarana dan kemudahan yang terhad pihak KTADFA terpaksa menolak permohonanan yang lewat dari tarikh pendaftaran.


Sehubungan dengan itu, KTADFA dalam perancangan untuk membina sebuah bangunan 1 tingkat untuk 2 kelas dan pejabat KTADFA berhampiran dengan Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4, Temerloh. Oleh itu pihak KTADFA sangat mengharapkan sumbangan dari orang ramai, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak swasta dan mana-mana syarikat untuk menghulurkan sumbangan kepada KTADFA bagi menjayakan perancangan tersebut.



Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, diharap dapat membantu kami merealisasikan hasrat ini serta membantu memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar tahfiz meneruskan sesi pembelajaran. Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk cek atau kiriman wang atas nama BENDAHARI KELAS TAHFIZ AL-QURAN DAN FARDHU AIN, TAMAN JAYA 4, TEMERLOH, atau melalui no. akaun bank BIMB 6028010042681.


Diharap juga para pengunjung blog ini menyebarkan maklumat ini kepada orang ramai.


Sekian terima kasih.


Setiausaha KTADFA.

Isnin, 1 Jun 2009

Suasana Kenduri Kahwin En Jamil

Kenduri kahwin anak En. Jamil telah diadakan pada 31 Mei 2009. Kerja-kerja kenduri telah bermula dari pagi 30 Mei hingga ke waktu malamnya. Tenaga kerja penduduk Taman Jaya 4, Kg. Bukit Resak dan Tanjung Besar telah bekerja sama menjayakannya. Anak-anak Taman Jaya 4 telah memberi sumbangan besar menjayakan majlis kenduri kahwin pada pagi hingga jam 4.00 petang. Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana kerja kenduri tersebut.
Suasana malam menyiang daging kerbau seekor.
Dua beranak. abang Jaafar dan anak sulungnya Hafiz
Sumbangan terakhir Pak Wan terhadap kenduri di Taman Jaya 4.
Abang Din bersama Din al-Hafiz dan En. Shoair.
Cikgu Kamarul, penyedia minuman kenduri.
Cikgu Kamarul bersama anaknya Ammar dan Ammar Selamat.
Abang Din, penggerak utama Squad Pencuci Pinggan dan Gelas Taman Jaya 4.
Squad beliau berjaya membolot keseluruhan hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh En. Jamil "The Ayam Pusing Enterprise".
Squad Pencuci Pinggan dan Gelas Taman Jaya 4.

Abang Din sedang memantau pekerjanya bertugas.
En. Zamri, pembantu kepada Abang Din sedang membantu squad pencuci mencuci pinggan.
Tenaga kerja tukang masak Taman Jaya 4.
Memasak nasi putih 2 kawah.
Memasak nasi minyak 3 periuk besar.

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007