Jumaat, 17 April 2009

Kisah Nabi Yunus Dengan Ikan Nun

Cerita ini disampaikan oleh Hidayah Husna Bt. Zulquarnain
(Johan Bercerita Kisah Nabi MTQ KTADFA 2007)

CERITA NABI YUNUS DAN LAGU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum saya ucapkan,
Kepada semua hadirin budiman,
Kisah Anbiya’ saya sembahkan,
Untuk panduan juga teladan.

“Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.
Wahai kawan-kawan, janganlah bimbang,
Nanti Allah tetap dalam pembelaan.”

Nabi Yunus telah dicampakkan ke laut, maka datanglah seekor ikan Nun lalu menelan Nabi Yunus. Nabi Yunus berasa amat takut apabila menyedari dirinya berada di dalam perut ikan. Semasa berada dalam perut ikan nun barulah Nabi Yunus menyedari kesilapannya meninggalkan kaumnya dalam keadaan kejahilan dan kekufuran kerana sikapnya yang tidak sabar dalam menyeru kaumnya untuk mentauhidkan Allah.
Apabila menyedari kesilapannya, Nabi Yunus terus menyebut nama Allah dan memohon keampunan dari Nya.
Para malaikat mendengar rintihan Nabi Yunus, mereka berkata,“Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya kami mendengar suara yang amat lemah dari dasar bumi,“ Allah menjawab,“Itu suara hambaku Yunus“. Maka ketika itu juga para malaikat memohon syafaat daripadaNya. Allah memerintahkan ikan Nun agar melepaskan Nabi Yunus di sebuah pantai.

Firman Allah dalam surah As-Saffat ayat 145 yang berbunyi,

ِبسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ
فَنَبَذْنَهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيْمٌ
“Oleh itu, kami campakkan dari perut ikan Nun di tepi pantai sedang Nabi Yunus dalam keadaan sakit.”
Begitulah besarnya wahai kawan-kawan, kuasa Allah terhadap hambanya yang ingkar akan suruhanNya.

“Begitulah kisah seorang Nabi,
Diuji Allah begitu sekali,
40 hari 40 malam,
Barulah taubatnya diterima Tuhan“.

Pengajaran dari cerita ini ialah,
Yang pertama , kita hendaklah patuh kepada perintah Allah.
Yang kedua, kita perlu bersabar dengan segala ujian dan cabaran hidup.

وبالله توفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anak Cikgu Suhaimi Kemalangan

Anak lelaki cikgu Suhaimi Abu Bakar, Akmal Hanif telah kemalangan jalanraya pada 13/4/2009 yang lalu. Beliau mengalami luka ditangan dan patah tulang selangka. Kemalangan berlaku pada waktu malam ketika beliau menunggang motorsikal. Beliau telah terlanggar lubang besar di jalanraya Kg, Batu 4 Temerloh. Beliau telah dikejarkan ke hospital oleh penduduk tempatan yang tinggal berhampiran kawasan kejadian. Sekarang beliau masih berada di wad kenanga 6 aras 6.

sekian. Laporan berita terkini.

Khamis, 16 April 2009

Kenali AJK KTADFA

Tn. Hj. Hasbullah Bin Awang Naib
Pengerusi KTADFA
Seorang Ustaz dan Guru Cemerlang DG48 di SMK Temerloh Jaya. Berasal dari Kg. Lebak Temerloh. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pernah bertugas di Sabah dan Politeknik Port Dickson. Pernah menjadi GPK HEM SMK Seri Bentong dan GPK Ko Kurikulum SMK Teluk Sentang. Mempunyai sijil Kepengetuaan IAB. Mempunyai seorang isteri (ustazah Salmah) dan 6 orang anak. Dua daripadanya telah berjaya ke menara gading dan seorang hafiz al-Quran.
En. Saparwan Bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi
Seorang guru di SK Desa Bakti Temerloh. Berasal dari Sabak Bernam Selangor (Keturunan Jawa). Bekas pelajar Victoria Institiution (Sekolah Warisan Negara). Sedang menyambung pelajaran di OUM. Berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah. Pernah mendidik anak orang asli di SK Kertau Maran. Merupakan Bilal surau taman. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.
Tn. Hj. Zulquarnain Bin Ali
Setiausaha KTADFA
Seorang Ustaz di SMK. Kg. Awah Maran, berasal dari Kg. Relong Kuala Lipis Pahang. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pernah bertugas di Tawau Sabah. Kepakaran dalam merancang dan mengubal kurikulum Pendidikan Islam. Terlibat sebagai JU Kurikulum Pendidikan Islam negeri dan kebangsaan. Merupakan Pengerusi Taman Jaya 4 dan Surau Raudhatul Falah Taman Jaya 4 sejak tahun 2000 (mula taman ini dibuka). Mempunyai seorang isteri (ustazah) dan 5 orang anak.
Tn. Hj. Azaman Bin Sahak
Bendahari KTADFA
Seorang guru di SMK Temerloh, berasal dari Felda Komondor Melaka. Sudah lebih 17 tahun bermastautin di Temerloh Pahang. Beliau juga merupakan Setiausaha Taman Jaya 4 dan Surau Raudhatul Falah Taman Jaya 4. Mempunyai kepakaran dalam bidang Komputer. Pengunjung tetap PC Fair K Lumpur. Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pendidikan (M Ed Management). Hobi memancing di sungai, kolam, tasik dan laut. Satu geng dengan Ustaz Nawi dan Hj. Nawi. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak dara.
En. Kamaruzzaman bin Ariffin
AJK KTADFA
Seorang guru di SK Teluk Sentang. Berkelulusan Teknologi Maklumat dari OUM. Berasal dari Lebak Temerloh. Mempunyai kepakaran komputer dan data sekolah. Mempunyai seorang isteri (ustazah) dan 4 orang anak.
Tn. Hj. Nawawi Bin Budin
AJK KTADFA
Seorang ustaz di SMK. Paya Pulai, berasal dari Belenggu Temerloh. Bertugas sebagai GPK HEM SMK. Paya Pulai. Lulusan Universiti Al-Azhar. Merupakan imam Masjid Paya Luas. Pakar dalam menahan jaring / lukah di Sungai Pahang. Bermasalah serius dalam penyakit ghout. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.
En. Mohd Suhar B. Abdul Wahab
AJK KTADFA
Seorang guru Pendidikan Khas di SMK. Purun Bera, berasal dari Teluk Sentang, Temerloh. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pakar menguruskan pelajar-pelajar pendidikan khas. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. Memilik sepasang anak kembar berlainan jantina. Isteri bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh.
En. Mohd Zuki Bin Abdullah
AJK KTADFA
Seorang guru kaunseling di SMK. Abu Bakar Temerloh. Berasal dari Kerdau, Temerloh. Mempunyai pengalaman luas mengajar di sekolah rendah sebelum ditempatkan di sekolah menengah. Merupakan Bendahari Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4 sejak tahun 2000. Mempunyai seorang isteri 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan.
En. Wan Shaari B. Wan Yusuf
AJK KTADFA
Seorang pegawai TELEKOM Malaysia di Temerloh. Berasal dari Kelantan Darul Naim Serambi Mekah. Telah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak. Ada yang telah berjaya ke menara gading. Bertanggungjawab menguruskan kebajikan pelajar-pelajar dan penduduk taman jaya 4. Orang yang sentiasa senyum dan peramah.
Tn. Hj. Burhanuddin B. Mohamed Arof
AJK KTADFA
Seorang guru Geografi dan Pengajian AM di SMK Abu Bakar Temerloh. Berasal dari Pangsenam Temerloh. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pernah menjadi GPK HEM di SMK Telok Sentang. Bekas Leftenan Muda PALAPES UM. Beristerikan seorang ustazah di SMK Paya Pulai.
En. Abdullah Bin Ismail
AJK KTADFA
Seorang guru di SM Hwa Lian, Mentakab. Berasal dari Kg. Keledek, Kuala Lipis, Pahang. Mempunyai kepakaran sebagai jurulatih Bolatampar daerah Temerloh. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
Tn. Hj. Mohd Nawawi Bin Abdul Hamid
AJK KTADFA
Seorang guru matematik di SMK Temerloh. Berasal dari Kulim Kedah. Menunaikan fardhu haji pada tahun 2006/07. Mempunyai kepakaran dalam bidang pancing ikan sungai. Beliau juga pakar dalam mengurus data guru-guru sekolah peringkat sekolah, daerah dan negeri. Mempunyai seorang isteri (Ustazah Marina) dan seorang anak perempuan.
En. Shoair Bin Abdullah
AJK KTADFA
Seorang Guru di SK Bukit Segumpal, Maran. Berasal dari Kedah. Anak peneroka Felda Lepar Utara 2 Kuantan. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khususnya Sains UPSR. Beliau merupakan pemeriksa kertas SAINS UPSR dan terlibat dengan pengubalan soalan-soalan peperiksaan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Mempunyai seorang isteri (ustazah Roslina) dan 4 orang anak (2 lelaki & 2 perempuan). Mempunyai kepakaran dalam membuat dan membancuh air untuk tujuan kenduri kecil atau besar.
En. Abdul Aziz Sakek
AJK KTADFA (Baru dilantik)
Maaf tiada gambar.
Seorang Ustaz di SK Bandar Temerloh. Pernah mengajar di Sabah. Isteri seorang guru di SK Paya Pulai dan memilik beberapa orang anak.

Selasa, 14 April 2009

ROMBONGAN KE TERENGGANU

Seramai 42 orang peserta rombongan terdiri dari 25 orang pelajar KTADFA dan 15 orang dewasa (AJK dan Ibubapa) termasuk dua orang kanak-kanak bawah umur 2 tahun akan menyertai rombongan ke Kuala Terengganu pada 1 hingga 2 Mei 2009. Rombongan ini akan bertolak pada jam 5.00 am pada 1 Mei dan akan sampai kembali jangkaan jam 12.00 mlm 2 Mei 2009. Rombongan ini dijangka akan melawat Taman Tamadun Islam, RTM Kuala Terengganu, Muzium Terengganu, Kawasan Keropok Lekor Losong, Pasang Payang, Pantai Baru Buruk dan lain-lain tempat yang sesuai dengan masa yang ada.
Seramai 7 orang AJK akan menyertainya yang terdiri dari Pengerusi Tn. Hj. Hasbullah, Timbalan Pengerusi En. Saparwan, Setiausaha Tn. Hj. Zulquarnain, Bendahari Tn. Hj. Azaman, AJK En. Kamaruzzaman, En. Abdullah dan Tn. Hj. Nawawi Budin.
Ustazah KTADFA yang akan turut serta ialah Ustazah Salmah.
25 orang pelajar tersebut merangkumi pelajar dan bekas pelajar.

Semoga rombongan ini berada dalam keadaan selamat. Selamat pergi dan selamat kembali.
Insya Allah.

AHLI JAWATANKUASA KTADFA 2009

PENGERUSI : Tn. Hj. Hasbullah B. Awang Naib
09-2971092 (r) 013-9838779
TIMBALAN PENGERUSI : En. Saparwan B. Ibrahim
09-2971626 (r) 019-9026462
SETIAUSAHA : Tn. Hj. Zulquarnain B. Ali
09-2971521 (r) 019-9662529
BENDAHARI : Tn. Hj. Azaman B. Sahak
09-2971218 (r) 013-9821218
AJK : En. Kamarulzaman B. Ariffin
09-2972559 (r) 0139834752
AJK : En. Mohd Zuki B. Abdullah
09-2971063 (r) 019-9518677
AJK : En. Mohd Suhar b. Abd. Wahab
09-2972455 (r) 019-9301570
AJK : En. Wan Shaari B. Wan Yusof
09-2971980 (r) 013-9275543
AJK : Tn. Hj. Nawawi B. Budin
019-9415791
AJK : Tn. Hj. Borhanuddin B. Mohamed Arof
019-9890116
AJK : Tn. Hj. Mohd Nawawi B. Abdul Hamid
013-9301733
AJK : En. Mohd Shoair B. Abdullah
09-2971050 (r) 0139073662
AJK : En. Abdullah B. Ismail
019-9602538
AJK : Ustaz Abdul Aziz B. Sekak
012-2149284

Pertandingan Menyumpit KTADFA

Batin Profesional dari Lebak. Juara Keseluruhan Menyumpit.
Batin Gua Bama

Batin Kerdau

Batin Sungai Pahang

Batin Teluk Sentang

Batin dari Lepar Utara

Batin Jawa

Batin dari Kelantan , Pak Wan

Batin Melaka sedang meneropong lubang penyumpit tersumbat

Batin Ajies

Isnin, 13 April 2009

DISEBALIK TABIR (PENGERAK UTAMA KTADFA)

En. Saparwan Bin Ibrahim (Timbalan Pengerusi KTADFA)
En. Mohd Zuki Bin Abdullah (AJK)





Ustazah Shamsiah Bt. Mohd Yunus (Guru dari tahun 2004 - 2007)
Sekarang melanjutkan pelajaran di UPSI.






Ustazah Nurul Azah Othman. (Guru dari tahun 2005 - 2009)
Sekarang Bertugas Sebagai Guru KAFA di SK Paya Pulai












Ustazah Mafrahah (Guru Tahun 2007 - 2008)













Tn. Hj. Burhanuddin Mohamed Arop (AJK)

En. Abdullah (AJK)














En. Sohair Abdullah (AJK)





En. Mohd Suhar Abdul Wahab (AJK)









En. Wan Shaari Wan Yusof (AJK)


Tn. Hj. Nawawi Budin (AJK)



En. Kamarulzaman Ariffin (AJK)


Tn. Hj. Zulquarnain Bin Ali Setiausaha


Tn. Hj. Hasbullah Awang Naib (Pengerusi KTADFA)





Tn. Hj. Azaman Bin Sahak (Bendahari)














Tn. Hj. Mohd Nawawi bin Abdul Hamid (AJK)






Jumaat, 10 April 2009

MOHON SUMBANGAN PENDUDUK

SURAU RAUDHATUL FALAH, TAMAN JAYA 4, TEMERLOH

Pihak surau merancang untuk membina stor penyimpanan barang kenduri dan kolah tempat berwuduk. Kos pembinaan dianggarkan RM20,000.00 .
Pengurusan Surau Mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda kepada Tabung Kebajikan dan Pengurusan Surau bagi menjayakan perancangan tersebut.

Salurkan sumbangan anda kepada Bendahari Surau (Tunai @ Cek atas nama Bendahari Surau Taman Jaya 4 ) Akaun Bank BIMB 06-023-02-022758-8


Pengerusi Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4, Temerloh

MAJLIS IHTIFAL 2008

MAJLIS IHTIFAL 2008
Tarikh : 20 Nov. 2008 Masa : 7.45 pm
Tempat : Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4.
Aturcara :
1. Ucapan Pengerusi KTADFA.
2. Persembahan Murid
3. Penyampaian Anugerah Pelajar.
4. Penyampaian Sijil Tamat Pengajian.
5. Cabutan Nombor Bertuah.
6. Solat Isya'
7. Jamuan Makan Malam.
AUNGERAH PELAJAR CEMERLANG :
TAHAP 1.
PELAJAR TERBAIK : 1. Athirah Nurhanis Bt. Amir Zamree
2. Luqman Hakim B. Azanul Azhar
3. Nur Nahdah Bt. Zahid
MATA PELAJARAN : TAUHID : Luqman Hakim B. Azanul Azhar
FEKAH : Athirah Nurhanis Bt. Amir Zamree
AL-QURAN/JAWI : Nur Nahdah Bt. Zahid
HAFAZAN : Hidayah Husna Bt. Zulquarnain
KEDATANGAN PENUH : Ahmad Najmi Bin Selamat
AUNGERAH PELAJAR CEMERLANG :
TAHAP 2.
PELAJAR TERBAIK : 1. Muhammad Ammar Muzammil Kamarulzaman
2. Nur A'isyah Fasihah Saparwan
3. Khiarun Nisa' Azanul Azahar
MATA PELAJARAN : TAUHID : Muhammad Ammar Muzammil Kamarulzaman
Khiarun Nisa' Azanul Azahar
FEKAH : Muhd Fazyrul Mohd Suhar
AL-QURAN/JAWI : Nur A'isyah Fasihah Saparwan
HAFAZAN : Nur A'isyah Fasihah Saparwan
KEDATANGAN PENUH : Muhammad Ammar Bin Selamat
SIJIL TAMAT PENGAJIAN
1. Abdullah Hafiz B. Zulquarnain
2. Nur A'isyah Fasihah Saparwan
3. Khiarun Nisa' Azanul Azahar
4. Muhd Hilman B. Aminuddin
5. Muhd Mukhlis B. Aziruddin
6. Muhammad Ammar Bin Selamat
GOTONG ROYONG MEMASAK
IBU BAPA DAN PELAJAR DI MAJLIS IHTIFAL 2008
AIN INSYIRAH BERSAMA PELAJAR KTADFA
PENTOMIN SOLAT MASBUK MUAFIQ
Persembahan Nasyid Puteri KTADFA
Ammar Muzzamil menerima hadiah pelajar terbaik Tahap 2
Aizat Hariz menerima hadiah dari Tn. Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid
Gotong Royong memasak untuk makan malam majlis ihtifal 2008

Khamis, 9 April 2009

Perkhemahan Ibadah 2008


GAMBAR-GAMBAR SUASANA PERKHEMAHAN IBADAH 2008






Tayangan LCD Pertandingan Menyumpit AJK Sukaneka Peserta


AJK menyertai perlawanan karom


Sumpitan Tok Batin Profesional








Aktiviti Riadah di waktu pagi




Peserta paling muda Ain Insyirah (4 bulan )







Ustazah Nurul Azah & Mafrahah











Pertandingan Woodball












Pertandingan woodball sambil berlari








Aktiviti dalam surau







Cikgu Azaman mengadakan demonstrasi memasang khemah.
Pelajar-pelajar memasang khemah


















Suasana sekitar perkhemahan ibadah 2008

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007