Khamis, 9 April 2009

BERITA DARI AKHBAR SINAR HARIAN EDISI PAHANG

PERKHEMAHAN IBADAH PUPUK SEMANGAT CINTAKAN AGAMA

TEMERLOH - 14 Aug 2008 - Seramai 41 murid Tahun Satu hingga Enam dari Kelas Tahfiz dan Fardu Ain Taman Jaya 4 mengikut Perkhemahan Ibadah Kali Ketiga untuk memberi pendedahan dan meningkat keyakinan diri pelajar.

Menurut setiausaha kelas tersebut, En. Zulquarnain Ali, "perkhemahan itu bertujuan membentuk jati diri dan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid, sekali gus menguatkan lagi ilmu keagamaan. Katanya, jiwa mereka perlu dimantapkan sejak kecil dan perlu diasuh sentiasa supaya mereka menjadi seorang hamba dan manusia berilmu dunia dan akhirat serta dapat memimpin masyarakat dalam hal keagamaan. Inya-Allah dengan adanya perkhemahan ini, pastinya jiwa mereka akan mantap dan sentiasa patuh pada ajaran agama dan menjadi insan yang berguna.Kami juga harap suatu hari nanti mereka menjadi seorang pemimpin atau guru agama yang dapat menyebarkan ilmu agama dan mengembangnya lagi.

Katanya, melalui kegiatan seumpama itu, perubahan murid-murid dapat dilihat dan mereka lebih bersemangat mendalami ilmu agama. Tambahnya, anak-anak perlu diasuh mendalami ilmu agama sejak kecil kerana dunia kini penuh dengan dugaan. Ibu bapa perlu mendidik jiwa anak-anak sejak kecil dengan ilmu agama supaya mereka dapat menangkis semua dugaan dan budaya kuning yang dibawa oleh Barat.
Ramai anak muda kini hanyut dengan budaya tersebut dan sebab itu ibu bapa memainkan peranan penting memberi ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil," katanya kepada Sinar Harian. En. Zulquarnain menambah, Kelas Tahfiz Al-Quran dan Fardu Ain tersebut ditubuhkan pada tahun 2003 dan ramai di kalangan pelajar kelas ini telah mewakili sekolah masing-masing menyertai Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah-sekolah rendah daerah Temerloh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007