Jumaat, 17 April 2009

Kisah Nabi Yunus Dengan Ikan Nun

Cerita ini disampaikan oleh Hidayah Husna Bt. Zulquarnain
(Johan Bercerita Kisah Nabi MTQ KTADFA 2007)

CERITA NABI YUNUS DAN LAGU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum saya ucapkan,
Kepada semua hadirin budiman,
Kisah Anbiya’ saya sembahkan,
Untuk panduan juga teladan.

“Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.
Wahai kawan-kawan, janganlah bimbang,
Nanti Allah tetap dalam pembelaan.”

Nabi Yunus telah dicampakkan ke laut, maka datanglah seekor ikan Nun lalu menelan Nabi Yunus. Nabi Yunus berasa amat takut apabila menyedari dirinya berada di dalam perut ikan. Semasa berada dalam perut ikan nun barulah Nabi Yunus menyedari kesilapannya meninggalkan kaumnya dalam keadaan kejahilan dan kekufuran kerana sikapnya yang tidak sabar dalam menyeru kaumnya untuk mentauhidkan Allah.
Apabila menyedari kesilapannya, Nabi Yunus terus menyebut nama Allah dan memohon keampunan dari Nya.
Para malaikat mendengar rintihan Nabi Yunus, mereka berkata,“Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya kami mendengar suara yang amat lemah dari dasar bumi,“ Allah menjawab,“Itu suara hambaku Yunus“. Maka ketika itu juga para malaikat memohon syafaat daripadaNya. Allah memerintahkan ikan Nun agar melepaskan Nabi Yunus di sebuah pantai.

Firman Allah dalam surah As-Saffat ayat 145 yang berbunyi,

ِبسْمِ اللهِ الرَحْمَنِ الرَحِيمِ
فَنَبَذْنَهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيْمٌ
“Oleh itu, kami campakkan dari perut ikan Nun di tepi pantai sedang Nabi Yunus dalam keadaan sakit.”
Begitulah besarnya wahai kawan-kawan, kuasa Allah terhadap hambanya yang ingkar akan suruhanNya.

“Begitulah kisah seorang Nabi,
Diuji Allah begitu sekali,
40 hari 40 malam,
Barulah taubatnya diterima Tuhan“.

Pengajaran dari cerita ini ialah,
Yang pertama , kita hendaklah patuh kepada perintah Allah.
Yang kedua, kita perlu bersabar dengan segala ujian dan cabaran hidup.

وبالله توفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007