Khamis, 16 April 2009

Kenali AJK KTADFA

Tn. Hj. Hasbullah Bin Awang Naib
Pengerusi KTADFA
Seorang Ustaz dan Guru Cemerlang DG48 di SMK Temerloh Jaya. Berasal dari Kg. Lebak Temerloh. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pernah bertugas di Sabah dan Politeknik Port Dickson. Pernah menjadi GPK HEM SMK Seri Bentong dan GPK Ko Kurikulum SMK Teluk Sentang. Mempunyai sijil Kepengetuaan IAB. Mempunyai seorang isteri (ustazah Salmah) dan 6 orang anak. Dua daripadanya telah berjaya ke menara gading dan seorang hafiz al-Quran.
En. Saparwan Bin Ibrahim
Timbalan Pengerusi
Seorang guru di SK Desa Bakti Temerloh. Berasal dari Sabak Bernam Selangor (Keturunan Jawa). Bekas pelajar Victoria Institiution (Sekolah Warisan Negara). Sedang menyambung pelajaran di OUM. Berpengalaman luas mengajar di sekolah rendah. Pernah mendidik anak orang asli di SK Kertau Maran. Merupakan Bilal surau taman. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.
Tn. Hj. Zulquarnain Bin Ali
Setiausaha KTADFA
Seorang Ustaz di SMK. Kg. Awah Maran, berasal dari Kg. Relong Kuala Lipis Pahang. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pernah bertugas di Tawau Sabah. Kepakaran dalam merancang dan mengubal kurikulum Pendidikan Islam. Terlibat sebagai JU Kurikulum Pendidikan Islam negeri dan kebangsaan. Merupakan Pengerusi Taman Jaya 4 dan Surau Raudhatul Falah Taman Jaya 4 sejak tahun 2000 (mula taman ini dibuka). Mempunyai seorang isteri (ustazah) dan 5 orang anak.
Tn. Hj. Azaman Bin Sahak
Bendahari KTADFA
Seorang guru di SMK Temerloh, berasal dari Felda Komondor Melaka. Sudah lebih 17 tahun bermastautin di Temerloh Pahang. Beliau juga merupakan Setiausaha Taman Jaya 4 dan Surau Raudhatul Falah Taman Jaya 4. Mempunyai kepakaran dalam bidang Komputer. Pengunjung tetap PC Fair K Lumpur. Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pendidikan (M Ed Management). Hobi memancing di sungai, kolam, tasik dan laut. Satu geng dengan Ustaz Nawi dan Hj. Nawi. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak dara.
En. Kamaruzzaman bin Ariffin
AJK KTADFA
Seorang guru di SK Teluk Sentang. Berkelulusan Teknologi Maklumat dari OUM. Berasal dari Lebak Temerloh. Mempunyai kepakaran komputer dan data sekolah. Mempunyai seorang isteri (ustazah) dan 4 orang anak.
Tn. Hj. Nawawi Bin Budin
AJK KTADFA
Seorang ustaz di SMK. Paya Pulai, berasal dari Belenggu Temerloh. Bertugas sebagai GPK HEM SMK. Paya Pulai. Lulusan Universiti Al-Azhar. Merupakan imam Masjid Paya Luas. Pakar dalam menahan jaring / lukah di Sungai Pahang. Bermasalah serius dalam penyakit ghout. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.
En. Mohd Suhar B. Abdul Wahab
AJK KTADFA
Seorang guru Pendidikan Khas di SMK. Purun Bera, berasal dari Teluk Sentang, Temerloh. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pakar menguruskan pelajar-pelajar pendidikan khas. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. Memilik sepasang anak kembar berlainan jantina. Isteri bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh.
En. Mohd Zuki Bin Abdullah
AJK KTADFA
Seorang guru kaunseling di SMK. Abu Bakar Temerloh. Berasal dari Kerdau, Temerloh. Mempunyai pengalaman luas mengajar di sekolah rendah sebelum ditempatkan di sekolah menengah. Merupakan Bendahari Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4 sejak tahun 2000. Mempunyai seorang isteri 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan.
En. Wan Shaari B. Wan Yusuf
AJK KTADFA
Seorang pegawai TELEKOM Malaysia di Temerloh. Berasal dari Kelantan Darul Naim Serambi Mekah. Telah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak. Ada yang telah berjaya ke menara gading. Bertanggungjawab menguruskan kebajikan pelajar-pelajar dan penduduk taman jaya 4. Orang yang sentiasa senyum dan peramah.
Tn. Hj. Burhanuddin B. Mohamed Arof
AJK KTADFA
Seorang guru Geografi dan Pengajian AM di SMK Abu Bakar Temerloh. Berasal dari Pangsenam Temerloh. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Pernah menjadi GPK HEM di SMK Telok Sentang. Bekas Leftenan Muda PALAPES UM. Beristerikan seorang ustazah di SMK Paya Pulai.
En. Abdullah Bin Ismail
AJK KTADFA
Seorang guru di SM Hwa Lian, Mentakab. Berasal dari Kg. Keledek, Kuala Lipis, Pahang. Mempunyai kepakaran sebagai jurulatih Bolatampar daerah Temerloh. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
Tn. Hj. Mohd Nawawi Bin Abdul Hamid
AJK KTADFA
Seorang guru matematik di SMK Temerloh. Berasal dari Kulim Kedah. Menunaikan fardhu haji pada tahun 2006/07. Mempunyai kepakaran dalam bidang pancing ikan sungai. Beliau juga pakar dalam mengurus data guru-guru sekolah peringkat sekolah, daerah dan negeri. Mempunyai seorang isteri (Ustazah Marina) dan seorang anak perempuan.
En. Shoair Bin Abdullah
AJK KTADFA
Seorang Guru di SK Bukit Segumpal, Maran. Berasal dari Kedah. Anak peneroka Felda Lepar Utara 2 Kuantan. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khususnya Sains UPSR. Beliau merupakan pemeriksa kertas SAINS UPSR dan terlibat dengan pengubalan soalan-soalan peperiksaan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Mempunyai seorang isteri (ustazah Roslina) dan 4 orang anak (2 lelaki & 2 perempuan). Mempunyai kepakaran dalam membuat dan membancuh air untuk tujuan kenduri kecil atau besar.
En. Abdul Aziz Sakek
AJK KTADFA (Baru dilantik)
Maaf tiada gambar.
Seorang Ustaz di SK Bandar Temerloh. Pernah mengajar di Sabah. Isteri seorang guru di SK Paya Pulai dan memilik beberapa orang anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007