Ahad, 6 Disember 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2009

Kelas Tahfiz al-Quran dan Fardhu Ain, Taman Jaya 4 telah menganjurkan program cuti sekolah 2009 mulai 1 Disember hingga 26 Disember 2009. Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 1/12/2009 hingga 26/12/2009
Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 tgh
Peserta : Pelajar lelaki & perempuan umur 7 - 12 Tahun.

Pengisian : Menghafaz surah-surah pilihan dan doa-doa harian.
Amali solat fardhu & pembentukan akhlak.
Ceramah motivasi
Solat-solat sunat dhuha dan hajat.

Bayaran : RM90.00 termasuk makan & minum rehat.

Sebarang pertanyaan hubungi :
Pengerusi KTADFA : Tn. Hj. Hasbullah bin Awang Naib (0139838779.)
Setiausaha : Tn. Hj. Mohd Nawawi bin Abdul Hamid (0139301733)

Jumaat, 20 November 2009

PENCAPAIAN UPSR 2009 BEKAS PELAJAR KTADFA

BERIKUT ADALAH PENCAPAIAN UPSR 2009 BEKAS PELAJAR KTADFA :

Muhammad Ammar Muzammil bin Kamarul Zaman : 5A

Khairul Nisa binti Azanul Azhar : 5A

Zahidah binti Zahid : 5A

Mohd Ammar bin Selamat : 4A 1B

Abdullah Hafiz bin Zulquarnain : 4A 1C

Nur Aisyah Fasihah binti Saparwan : 3A 2B

Mohd Mukhlis bin Aziruddin : 3A 2B

Muhd Hilman bin Aminuddin : 2A 2B 1C

MAJLIS IHTIFAL 2009

Majlis Ihtifal KTADFA 2009 telah berjaya dilaksanakan pada 20 November 2009, jam 7.00 malam, bertempat di Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4, Temerloh. Acara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah. Kemudian pengerusi KTADFA memberi ucap utama. Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Nasyid Putera dan Puteri KTADFA. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan anugerah pelajar terbaik serta sijil tamat pengajian. Kemudian diikuti oleh persembahan ayat hafazan oleh dua orang pelajar perempuan KTADFA. Selepas solat Isyak diadakan jamuan makan malam.
PELAJAR TERBAIK TAHAP 1 (A) :
Pertama : Nur Abiyyah Binti Zahid.
Kedua : Farah Hanani Binti Kamaruzzaman.
Ketiga : Munif Mubarak bin Hasbullah.
Tauhid : Nur Abiyyah binti Zahid
Fekah : Munif Mubarak bin Hasbullah
Ahklak Islamiah : Aizat Hariz bin Zulquarnain
Jawi/Al-Quran : Nur Abiyyah binti Zahid
Bacaan al-Quran/Hafazan/Bacaan dalam Solat/Doa : Aizat Hariz bin Zulquarnain
Hafazan Terbaik : Farah Hanani binti Kamaruzzaman
Pelajar Mithali : Farah Hanani binti Kamaruzzaman
PELAJAR TERBAIK TAHAP 1 (B) :
Pertama : Nuradlina Aqilah binti Kamarul Zaman
Kedua : Mohd Haziq bin Nazri
Ketiga : Aina Fatihah binti Saidinar
Tauhid : Aina Fatihah binti Saidinar
Fekah : Mohd Haziq bin Nazri
Ahklak Islamiah : Nuradlina Aqilah binti Kamarul Zaman
Bacaan al-Quran/Hafazan/Bacaan dalam solat/Doa : Nuradlina Aqilah binti Kamarul Zaman
PELAJAR TERBAIK TAHAP 2 :
Pertama : Ainul Syamimi binti Abdullah
Kedua : Nur Nahdah binti Zahid
Ketiga : Athirah Nurhanis binti Amir Zamree
Tauhid : Ainul Syamimi binti Abdullah
Fekah : Ainul Syazwina binti Abdullah
Ahklak Islamiah : Nur Nahdah binti Zahid
Jawi/Al-Quran : Nur Nahdah binti Zahid
Bacaan al-Quran/Hafazan/Bacaan dalam solat/Doa : Ainul Syamimi binti Abdullah
Hafazan Terbaik : Ainul Syamimi binti Abdullah
Pelajar Mihthali : Ainul Syamimi binti Abdullah
PELAJAR TERBAIK 6 TAHUN
Ilya binti Kamaruzzaman
PELAJAR TAMAT PENGAJIAN TAHUN 2009 :
1. Ahmad Faris b. Saidinar
2. Muhd Akmal b. Iskandar
3. Muhd Amzar b. Kamaruzzaman
4. Muhd Hafiz b. Azirudin
5. Muhd Hilmi b. Nazri
6. Muhd Ikmal b. Nawawi
7. Ainul Syamimi bt. Abdullah
8. Nuradilah Athirah bt. Kamarul Zaman
9. Nurul Adillah bt. Mohd Shadari.
Ucap utama Pengerusi KTADFA
Kaum bapa yang hadir ke Majlis Ihtifal 2009
Pelajar perempuan KTADFA
Persembahan Nasyid Puteri KTADFA 2009 diketuai oleh Hidayah Husna binti Zulquarnain
Kumpulan Nasyid Putera KTADFA diketuai oleh Munif Mubarak bin Hasbullah
Aizat Hariz Pelajar Terbaik Akhlak Islamiah/Bacaan Al-Quran/Hafazan/Bacaan dalam solat/doa
Mohd Ikmal menerima sijil tamat pengajian
Hadiah saguhati peserta/pelajar KTADFA 2009



Jamuan makan malam

Sabtu, 14 November 2009

Ucapan kepada jemaah haji 2009

Selamat menunai ibadah haji kepada penduduk Taman Jaya 4 yang telah berada di kota Mekah pada tahun ini.
En. Abdul Jamil (Abuya) dan Kak Jah
En. Jaafar (Felda) dan Kak Ton
En. Suhaidi (Peguam) dan isteri pertama.

Ahad, 18 Oktober 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI TAMAN JAYA 4

MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN BULAN SYAWAL 2009
TAMAN JAYA 4, TEMERLOH
ANJURAN SURAU RAUDHATUL FALAH DAN KTADFA TJ4
Pada 16 Oktober 2009, Hari Jumaat, Jam 5.00pm Surau Raudhatul Falah dan KTADFA TJ4 telah menganjurkan majlis jamuan sambutan bulan syawal 2009. Kehadiran tetamu sebagaimana biasa dihadiri oleh pelajar-pelajar KTADFA dan ibu bapa pelajar serta AJK Surau.
Menu Pulut dengan rendang, mee hoon sup, kuih raya dan minuman oren serta sarsi.
Tetamu istimewa jemputan khas
Menjamu selera
Menjamu selera mee hoon sup TJ4
Kaum muslimat menyediakan jamuan sambutan syawal 2009
Pelajar-pelajar KTADFA 2009
Majlis tahlil di surau Taman Jaya 4
Majlis Tahlil dan doa selamat sempena sambutan bulan syawal

Sabtu, 10 Oktober 2009

Pelajar KTADFA yang akan meninggalkan KTADFA tahun 2009

Berikut adalah lima orang pelajar KTADFA yang telah menamatkan pengajian di kelas ini selama 5 tahun dari tahun 2003 hingga 2008
Abdullah Hafiz Bin Zulquarnain
Muhammad Ammar Muzammil Bin Kamarul Zaman

Mohammad Ammar Bin Selamat

Mohd Hilman B. Aminuddin

Nur Aisyah Fasihah Bt. Saparwan

Khairul Nisa Bt. Azanul Azhar

Sabtu, 3 Oktober 2009

TATACARA BERPAKAIAN MENGIKUT SYARIAT


Kesalahan-kesalahan dalam hal pakaian Wanita

1. Mengenakan pakaian yang sempit, transparan (tembus pandang) dan yang membuat orang tertarik untuk memandang.Ini jelas haram. Setiap muslimah dilarang memakai pakaian yang sempit dan memperlihatkan lekuk-lekuk tubuh, juga pakaian tipis yang menampakkan warna kulit dan pakaian lain secara umum yang membuat orang terutama laki-laki tertarik untuk memandangnya. Ironinya, kenyataan ini menimpa majoriti kaum muslimah. Allah berfirman:"Dan janganlah wanita-wanita muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada para suami mereka." (An-Nur: 31)."Dan janganlah mereka (wanita-wanita muslimah) memukulkan kaki-kaki mereka untuk diketahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." (An-Nur: 31).Jika memperdengarkan suara perhiasan seperti gelang kaki atau perhiasan sejenisnya yang tersembunyi tidak dibolehkan, maka bagaimana pula dengan perhiasan yang tampak nyata, lebih dari itu bagaimana halnya dengan menampakkan lengan tangan, dada, betis bahkan paha?

2. Mengenakan pakaian yang terbuka dari bawah, atau tidak menutupi betis, dua telapak kaki, punggung, mengenakan seluar pendek juga pakaian-pakaian yang menampakkan kecantikan wanita di hadapan laki-laki bukan mahramnya. Hal ini tidak boleh dilakukan oleh wanita di hadapan laki-laki bukan mahramnya, baik di dalam mahupun di luar rumah. Tetapi ironinya, pakaian jenis inilah yang membudaya di kalangan yang mengaku dirinya muslimah. Para wanita itu tidak menyedari bahawa pakaiannya tersebut merupakan jenis kemungkaran yang besar, bahkan ia salah satu penyebab terbesar bagi timbulnya berbagai tindak perkosaan dan jenayah. Yang lebih menghairankan, seakan jenis pakaian ini terutama di kota sudah demikian diterima masyarakat, sehingga jarang bahkan tak terdengar upaya mengingatkan kaum muslimah dari pakaiannya yang jauh dari Islam tersebut, baik lewat media massa mahupun elektronik. Bahkan yang digelar di berbagai saluran television adalah pakaian-pakaian seronok dan telanjang, dan itu yang dilahap oleh kaum muslimah setiap hari sebagai anutan. Sesungguhnya munculnya keadaan ini telah pernah dinyatakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam . Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Dua (jenis manusia) dari ahli Neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan pundaknya dan berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka tidak akan masuk Surga bahkan tidak akan mendapat wanginya, dan sungguh wangi Surga telah tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (HR. Muslim, shahih).

3. Mengenakan pakaian yang berlengan pendek, termasuk di dalamnya mengenakan kaos sehingga menampakkan kedua lengan tangan. Ini jelas haram karena tidak menutup aurat. Tetapi betapa banyak wanita muslimah yang tidak memperhatikan masalah ini, sehingga mereka mengenakan pakaian tersebut di jalan-jalan, di pasar dan di tempat-tempat umum. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Wanita adalah aurat, maka jika ia keluar syaitan membuatnya indah (dalam pandangan laki-laki)." (HR. At-Tirmidzi, hasan shahih). Yakni syaitan membuat segenap mata memandang kepada si wanita sehingga menimbulkan fitnah.

4. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian laki-laki, baik dalam bentuk mahupun ciri-cirinya. Ini adalah dilarang. Wanita memiliki pakaian khusus dengan segenap ciri-cirinya, dan laki-laki juga memiliki pakaian yang khusus, yang membezakannya dari pakaian wanita. Dan wanita tidak diperbolehkan menyerupai laki-laki dalam hal pakaian, penampilan dan cara berjalan. Dalam hadits shahih disebutkan:"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki." (HR. Al-Bukhari, shahih). "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki." (HR. Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan lainnya, sanad hadits ini shahih menurut syarat Muslim).

5. Mengenakan sanggul rambut, kerana ia termasuk menyambung rambut. Ketika acara walimah pernikahan atau acara-acara pesta lainnya banyak wanita muslimah yang berdandan dengan sanggul rambut. Ini adalah dilarang. Asma' binti Abi Bakar r.ah. berkata, seorang wanita datang kepada Nabi `. Wanita itu berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai anak perempuan yang pernah terserang campak sehingga rambutnya rontok, kini ia mau menikah, bolehkah aku menyambung (rambut)nya? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:"Allah melaknat perempuan yang menyambung (rambut) dan yang meminta disambungkan rambutnya." (HR. Muslim)."Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang wanita menyambung (rambut) kepalanya dengan sesuatu apapun." (HR. Muslim).Termasuk dalam hal ini adalah mengenakan wig (rambut palsu) yang biasanya dipasangkan oleh perias-perias yang salon-salon mereka penuh dihiasi dengan berbagai kemungkaran. Kebanyakan orang-orang yang melakukan hal ini adalah kalangan artis, bintang filem, pemain drama, teater juga wanita-wanita yang kurang percaya diri dan ingin tampil lebih. Mudah-mudahan Allah menunjuki mereka dan kita semua.

6. Mengecat kuku sehingga menghalangi air mengenai kulit ketika berwudhu. Setiap kulit anggota wudhu tidak boleh terhalang oleh air, termasuk di dalamnya kuku. Mengenakan cat kuku menjadikan air terhalang mengenai kuku, sehingga wudhu menjadi tidak sah. Allah berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman, bila kalian hendak mendirikan solat maka basuhlah wajahmu dan kedua tanganmu hingga ke siku, dan usaplah (rambut) kepalamu dan kakimu hingga ke mata kaki." (Al-Maidah: 6).Biasanya yang mengecat kuku adalah para wanita, tetapi larangan ini berlaku umum, baik laki-laki maupun wanita.


7. Memakai kuku palsu atau memanjangkan kuku tangan dan kaki.Ini adalah menyalahi fitrah, dan larangan ini berlaku umum, baik bagi laki-laki mahupun wanita. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Ada lima fitrah; iaitu memotong rambut kemaluan, khitan, menggunting kumis, mencabut rambut ketiak dan memotong kuku." (Muttafaq alaih).Anas bin Malik radhiallahu anhu berkata:"Kami diberi waktu dalam menggunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan rambut kemaluan agar kami tidak membiarkannya lebih dari 40 malam." (HR. Muslim).Meskipun bagi sementara orang, memanjangkan kuku ada manfaatnya, misalnya untuk keperluan-keperluan khusus, tetapi ia tidak menjadikan hukumnya berubah menjadi boleh. Kerana itu setiap muslim harus menjaga agar kukunya tidak sampai panjang, segera memotongnya jika telah tumbuh. Adapun di antara hikmahnya adalah untuk menjaga kebersihan, sehingga ia merupakan salah satu tindakan penjagaan.

7. Tidak memakai tudung/telekung/jilbab (penutup kepala). Malapetaka besar yang dipropagandakan oleh kaum sekular dan murid-murid orientalis adalah pendapat bahawa tudung/telekung/jilbab (penutup kepala) hanyalah kebudayaan Arab belaka, tidak merupakan perintah syari'at. Oleh mereka yang terbiasa tidak memakai tudung/telekung/jilbab, pendapat ini merupakan legitimasi dan pembenaran terhadap perbuatan mungkar mereka. Sedangkan mereka yang masih jahil dan perlu bimbingan, mereka menjadi bimbang, tetapi biasanya mereka lebih mudah mengikuti trend yang ada. La haula wala quwwata illaa billah. Tidak seorang ulama salaf pun yang berpendapat tudung/telekung/jilbab (penutup kepala) bukan perintah agama. Pendapat aneh ini hanya terjadi di kalangan cendekiawan muslim yang jauh dari tuntunan salaf. Dan dalil masalah ini sebagaimana disebutkan dalam pembahasan-pembahasan terdahulu.

8. Tidak memakai stokin kaki, sehingga tampak telapak kakinya. Bagi sebahagian muslimah yang ta'at memakai pakaian muslimah pun, terkadang masalah ini dianggap mudah. Telapak kaki termasuk aurat, kerana itu ia harus ditutupi, membiarkannya kelihatan bererti kemungkaran dan dosa. Dalil masalah ini sebagaimana disebutkan dalam masalah-masalah terdahulu. Wanita pada dasarnya sangat senang dipuji, baik kecantikannya, kelembutannya dan sifat-sifat indahnya yang lain. Tetapi banyak yang terperosok jauh, ingin dipuji kecantikannya, meski dengan risiko membuka aurat, agar tampak lebih indah mempesona. Ingatlah, wanita adalah sumber fitnah. Dan fitnah terbesar dari wanita adalah soal auratnya. Kaum muslimah yang menutup aurat secara syar'i bererti telah memberikan sumbangan terbesar bagi tertutupnya sumber fitnah. Kerana itu, berhati-hatilah wahai kaum muslimah dalam hal berpakaian!
*************

Kesalahan-kesalahan dalam hal pakaian laki-laki

1. Isbal. Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah mata kaki. Larangan isbal bersifat umum untuk seluruh jenis pakaian, baik seluar panjang, sarung, gamis, mantel atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar. Rasulullah ` bersabda:"Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka." (HR. Al-Bukhari, shahih).Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah muthlak dan umum, baik dengan maksud takabur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takabur maka ancamannya lebih besar. Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam bersabda:"Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) karena takabur." (Muttafaq Alaih, shahih).Dan secara tegas Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam melarang kita kaum laki-laki melakukan isbal. Beliau Shallallahu 'alaihi wasalam bersabda:"Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, karena ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan." (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).Hadits di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahwa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk pembenaran kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah. Hadits di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang isbal-nya itu diniati untuk sombong. Maka pantaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, laki-laki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kampungan, kolot dan udik serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syari'at.Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, karena ia termasuk aurat. Namun pada umumnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya. Laki-laki memakai pakaian hingga di bawah mata kaki, sedang wanita pakaiannya jauh di atas mata kaki. Na'udzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan.

2. Mengenakan pakaian tipis dan ketat. Dalam kaca mata syari'at, jika bahan-bahan pakaian itu sangat tipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurun-kan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan." (Al-A'raf: 26).Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.

3. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita. Di antara fitrah yang disyari'atkan Allah kepada hambaNya iaitu agar laki-laki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan kehidupan di dalam masyarakat. Dalam hadits shahih disebutkan:"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki." (HR. Al-Bukhari).Sebahagian ulama' berkata, 'Yang dimaksud menyerupai dalam hadits tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.' Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan menguncir rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi laki-laki, sebab hal-hal tersebut adalah kekhususan bagi wanita. Rasulullah ` bersabda:"Allah melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki." (HR. Abu Daud, Shahihul Jami' , 5071) .

4. Mengenakan pakaian moden yang sedang nge-trend. Saat ini sebahagian umat Islam, terutama kaum mudanya sering tergila-gila dengan mode pakaian yang sedang in (nge-trend ) atau pakaian yang dikenakan oleh para bintang dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kelompok-kelompok muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang club-club dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di punggung pakaian atau stokin dengan bahasa Melayu atau bahasa-bahasa asing. Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut. Padahal Nabi ` bersabda:"Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperoleh) populariti di dunia, nescaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat." (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).Imam Asy-Syaukani berkata, 'Hadits di atas menunjukkan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang menyelisihi pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung pada (niat) populariti.'

5. Mengenakan pakaian yang tidak menutupi aurat. Seperti memakai seluar pendek atau pakaian olahraga lainnya yang menampakkan paha. Aurat laki-laki adalah dari pusat hingga dua lutut kaki. Kerana itu, paha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya. Ketika Rasulullah ` melihat sahabat Ma'mar tersingkap pahanya, beliau ` bersabda:"Wahai Ma'mar, tutupilah pahamu, karena paha adalah aurat." (HR. Ahmad)."Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu." (HR. Imam lima kecuali An-Nasa'i dengan sanad hasan).

6. Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.Sebahagian orang yang akan menunaikan shalat berjama'ah tak peduli dengan pakaian yang dikenakannya, bahkan terkadang di luar kepatutan dan keperluan. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada poin keempat. Shalat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan. Allah berfirman:"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Al-A'raf: 31). Disunnahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi ` dan para sahabatnya yang mulia.

7. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa, apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, negarawan atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan. Nabi ` bersabda:"Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang ia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam." (HR. Muslim)."Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar." (HR. Al-Bukhari). Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya madharatnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.

8. Laki-laki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera. Saat ini banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk laki-laki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, kancing baju, pena, rantai, cincin dan sebagainya. Ada pula yang merupakan hadiah dalam suatu pertandingan, misalnya sepatu emas dan lainnya.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam melihat cincin emas di tangan seorang laki-laki, serta merta beliau mencabut lalu membuangnya, seraya bersabda:
"Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!' Setelah Rasulullah ` pergi, kepada laki-laki itu dikatakan, 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!' Ia menjawab, 'Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah ` telah membuangnya." (HR. Muslim, 3/1655).
Dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam bersabda:
"Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari mereka." (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa'i, shahih).

wallahu 'alam

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007