Khamis, 14 Mei 2009

Pak Wan Dalam Kenangan

En. Wan Shaari bin Wan Yusof merupakan salah seorang AJK KTADFA yang bertanggungjawab di bahagian kebajikan. Beliau bertugas sebagai pegawai Telekom di Temerloh. Pada 15 Mei 2009 beliau telah ditukarkan bertugas di Telekom Kota Bahru. Beliau dan keluarga akan berpindah ke Wakaf Baru Kelantan pada pertengahan cuti penggal persekolahan nanti.
En. Wan Shaari atau lebih mesra dipanggil Pak Wan telah banyak memberikan khidmat sukarela dan sumbangan bakti kepada segala aktiviti yang dianjurkan sama ada oleh KTADFA ataupun aktiviti Surau Raudhatul Falah. Beliau merupakan ahli jemaah tetap surau. Beliau memberi komitmen yang besar dalam menguruskan takaful khairat untuk keluarga-keluarga penduduk Taman Jaya 4.
Pak Wan merupakan seorang yang mudah didekati dan mesra dalam pergaulan. Beliau sentiasa murah dengan senyuman.
Surau Raudhatul Falah dan KTADFA merasa kehilangan beliau. Semoga beliau selamat di dunia dan akhirat dan berbahagia di kampung halamannya.

Kenangan semasa khemah Ibadah KTADFA 2008
Sedang menunggu giliran acara menyumpit sempena sukaneka Khemah Ibadah KTADFA 2008
Menyertai pertandingan menyumpit sukaneka KTADFA 2008
Jamuan perpisahan Pak Wan di Surau Raudhatul Falah
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat sempena perpisahan Pak Wan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007