Selasa, 25 Ogos 2009

SUMBANGAN DI BULAN RAMADAN



Kami mengalu-alukan sumbangan anda ke tabung kewangan kelas tahfiz kami dan tabung kebajikan surau :


Tabung Kelas Tahfiz :

Akaun semasa BIMB 6028010042681


Tabung Kebajikan Surau :

Akaun BIMB 06-023-02-022758-8"


Sesungguhnya amalan sedekah jariah berkekalan hingga ke akhirat."

TAZKIRAH RAMADAN



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah"


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ke tengah jalan, berpuasa memajukan kamu ke hadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu ke dalamnya"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kamu" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari lagha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) maka Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) di waktu pagi dan jangan di waktu petang, maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya di waktu petang melainkan akan menjadi cahaya di depan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata Maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)

Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)

Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa kamu menempuh ke tengah jalan, puasa memajukan kamu ke hadapan pintu dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya."

Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Puasa pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun yang akan datang" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud Alai-His-Salam, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan dosa-dosa dan berlaku pahala untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan semua hasanat (kebajikan)" (Riwayat Al-Baihaqi & Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa di antara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

Sabtu, 22 Ogos 2009

PROGRAM SEPANJANG RAMADAN SURAU TAMAN JAYA 4


Assalamualaikum.

Sepanjang bulan Ramadan ini Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4, Temerloh telah mengatur beberapa program untuk memenuhi aktiviti bulan Ramadan.

1. Solat sunat tarawih sepanjang Ramadan.
2. Tazkirah antara solat tarawih.
3. Tadarus al-Quran sepanjang malam Ramadan untuk muslimin dan kanak-kanak.
4. Tadarus al-Quran untuk muslimat sebelah pagi sepanjang cuti sekolah dan setiap pagi sabtu dan ahad.
5. Ceramah Nuzul al-Quran.
6. Majlis berbuka puasa pada 5 September 2009.
7. Morey sumbangan penduduk taman mengikut giliran.
8. Program memperbanyakkan ibadah sepanjang 10 malam terakhir.

Sekian, wassalam

Khamis, 20 Ogos 2009

PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR, PMR & H1N1


Pada 20 Ogos 2009, Kelas Tahfiz Al-Quran dan Fardu Ain dan Surau Raudhatul Falah Taman Jaya 4 telah menganjurkan majlis solat hajat untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR, SPM dan solat hajat menjauhkan H1N1 selesema babi. Majlis dimulai dengan solat maghrib berjamaah dengan diimamkan oleh Ustaz Hasbullah bin Awang Naib. Selepas itu semua jemaah menunaikan solat hajat secara berjamaah, juga diimamkan oleh ustaz Hasbullah. Kemudian diadakan majlis bacaan Yasin beramai-ramai dengan dipimpin oleh Ustaz Zulquarnain bin Ali. Kehadiran ahli jamaah pada kali ini agak ramai. Raung solat utama dipenuhi jamaah hingga melebihi ke kawasan luar ruang solat utama. Selepas solat isya berjamaah yang diimamkan oleh Imam Besar Kg. Paya Luas Al-Fadhil Ustaz Nawawi Bin Budin, para hadirin dijamu makan malam, menu nasi berlauk kari kambing, sayur kobis masak kicap, ulam-ulaman berserta sambal. Pertama kali dalam sejarah kenduri di taman ini, nasi, lauk dan sayur habis licin, menyebabkan petugas-petugas surau tidak berkesempatan untuk bungkus untuk dibawa balik ke rumah.

Sekian, wassalam.

Isnin, 17 Ogos 2009

PENGUMUMAN BULAN OGOS

KEPADA AHLI KELUARGA PELAJAR KTADFA DAN PENDUDUK TAMAN JAYA 4 DAN SEKITARNYA :

Anda semua dijemput menghadiri Majlis Kenduri Kesyukuran Menyambut Ramadan dan Solat Hajat UPSR 2009.

Tarikh : 20 Ogos 2009
Hari : Khamis malam Jumaat.
Masa : Maghrib - Isya'
Tempat : Surau Raudhatul Falah, Taman Jaya 4.

Semua ahli keluarga, anak beranak, saudara mara dijemput hadir.

Jumaat, 7 Ogos 2009

PERINGATAN KEPADA YANG CUAI DENGAN SOLAT


Seksa Bagi Mereka Meringan Dan Melalaikan Solat

Seksaan Di Dunia
Umur tidak diberkati
Hilang keberkatan rezeki
Doa dan permintaannya ditolak
Terhapus tanda orang soleh pada mukanya

Seksaan Di Waktu Ajal
Mati dalam kehinaan
Mati dalam kelaparan
Derita menanggung sakaratul maut

Seksaan Di Dalam Kubur
Disempitkan kubur
Diseksa oleh malaikat hingga qiamat
Ular Sujaul Akra datang menyeksa.

Seksaan Di Hari Akhirat
Diseksa dalam neraka jahannam
Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan
Ditarik oleh malaikat dengan rantai yang diikat dilehernya

Khamis, 6 Ogos 2009

AMALKAN DOA INI

Doa :

Di dalam sahih Muslim dan juga lain-lain kitab hadis terdapat suatu riwayat daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. selalu mengajar para sahabatnya doa berikut, sama seperti baginda mengajarkan sesuatu dari al-Quran. Doanya :- Hlm 108. Roh. Ibnul Qayyim. Singapura : Pustaka Nasional. 1996.

اللهم إني أعوذبك من عذاب جهنم
وأعوذبك من عذاب القبر
وأعوذبك من فتنة المحيا والممات
وأعوذبك من فتنة المسيح الدجال

Ya Allah! Ya Tuhanku!

Aku Mohon Berlindung Dengan-Mu
Daripada Siksaan Neraka Jahannam

Aku Mohon Berlindung Dengan-Mu
Daripada Siksaan Kubur

Aku Mohon Berlindung Dengan-Mu
Daripada Fitnah Hidup Dan Mati

Aku Mohon Berlindung Dengan-Mu
Daripada Fitnah al-Masih Dajjal

Selasa, 4 Ogos 2009

PANDUAN KHUSYUK DALAM SOLAT

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Ahad, 2 Ogos 2009

Pelajar KTADFA ke Maahad Tahfiz 2005 - 2009

Ahmad Faiz Bin Zulquarnain.
Beliau telah menyambung pengajian di Madrasah Hafiz Klang, Selangor pada tahun 2009 dalam Tingkatan 1. Madrasah Hafiz merupakan sebuah sekolah menengah swasta berkonsepkan intergrasi Pendidikan Hafiz al-Quran, Akademik sistem kebangsaan dan Pengajian agama sistem kerajaan Negeri Selangor.












Mohd Adib Bin Saparwan.
Beliau telah menyambungkan pengajian di Maahad Tahfiz Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang pada tahun 2009 dalam Tingkatan 1. Maahad ini merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang berkonsepkan sistem tahfiz dan agama sukatan sekolah sendiri dan akademik sistem kebangsaan. Sekolah ini dalam proses naik taraf kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Pusat (SABK).






Pada tahun 2005 seorang pelajar KTADFA, Mohd Najmuddin bin Hasbullah (Anak Pengerusi KTADFA) telah menyambungkan pengajian di Maahad Tahfiz Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang dalam tingkatan 1. Sekarang beliau berada dalam Tingkatan 5. Beliau telah khatam hafazan 30 juz.

Pada tahun 2008 seorang pelajar perempuan KTADFA (Sakinah) telah menyambung pengajian di Tahfiz Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

Sabtu, 1 Ogos 2009

NASIHAT WAKTU



Waktu-Waktu mengingatkan kita hari ini dahulu, semalam dan akan datang

Waktu itu lebih berharga dari pada emas.

Janganlah kamu menunda pekerjaanmu hingga esok, selama kamu sanggup mengerjakannya hari ini.

Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.

Akan datang setiap hari esok dengan apa yang ada di dalamnya.

Segala sesuatu yang akan datang adalah dekat.

Waktu subuh itu sangat jelas bagi orang yang mempunyai mata.

(Terbitnya fajar setelah berlalunya malam - guna menunaikan ibadah kepada Allah SWT - merupakan sesuatu yang harus dijaga oleh setiap orang yang sehat dan normal tanpa udzur).

Perputaran (masa) hal yang batil hanya sesaat saja, tetapi perputaran (masa) hal yang haq (kebenaran) adalah hingga tibanya hari kiamat.

Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu.

Hari-hari dalam kesenangan itu pendek waktunya. (Maka, senantiasa bersiaplah menghadapi segala bentuk kesukaran).

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007