Sabtu, 19 September 2009

LEMANG CAMPURAN & RENDANG RUSA

PROJEK BERLEMANG PERDANA TAMAN JAYA 4

Tarikh : 19 September 2009 bersamaan 29 Ramadan 1430H
Hari : Sabtu

Beberapa orang penduduk Taman Jaya 4 telah bersepakat untuk membakar lemang secara bersama. Seramai 15 orang telah bersetuju menyertainya dengan modal setiap seorang RM52.00. Di samping itu daging rusa dimasak rendang. Kesemuanya 235 batang telah dibakar. Setiap seorang memperolehi 14 batang lemang dan 1kg rendang rusa. Lebihan batang lemang telah diagihkan kepada penyumbang buluh lemang dan tempahan dari ahli yang bayar lebih serta pemandu hilux. 15 kg daging rusa telah dimasak rendang oleh Hj. Azaman dan Ustaz Hasbullah. Projek Lemang 2009 ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj. Mohd Nawawi bin Abdul Hamid. Projek ini disertai oleh Ust. Hasbullah, Ust. Zulquarnain, Ust. Nawawi, Hj. Azaman, Cikgu Saparwan, Cikgu Kamarul, Cikgu Dollah, Abang Din, En. Leman, Cikgu Suhar, Hajjah Fatimah, Jiran Abang Din, Ajies Burger dan Cikgu Zuki. Projek mencari lemang telah dijalankan pada hari Rabu di Kampung ust Nawawi. Daun pisang sumbangan cikgu Kamarul. Hilux baru Haji Azaman digunakan sebagai kenderaan rasmi projek.
Projek memasak lemang bermula selepas solat subuh hari sabtu dan berakhir tepat masuk waktu Asar. Pada sebelah malam selepas berbuka puasa diadakan tahlil dan takbir raya serta kenduri makan lemang dan pulut kukus. Projek pertama kali bagi Taman Jaya 4 ini telah berjaya merapat hubungan ukhuwah di antara ahli yang menyertainya. Masing-masing berpuashati dengan hasil yang lumayan dari projek ini. Kalau beli lemang di pasaran harganya mencecah RM8.00. Jika 10 batang maka kosnya RM80.00 untuk lemang sahaja tanpa rendang. Dengan modal RM52.00 ahli mendapat 14 batang lemang dan 1kg rendang rusa. Harga rusa dipasaran sekarang bernilai RM33.00 hingga Rm50.00 sekilogram. Memang berbaloi projek lemang ini.
Sesiapa yang berhajat untuk menyertainya pada tahun akan datang boleh menghubungi Tn. Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid, Pengerusi Projek Lemang Taman Jaya 4, Tel : 0139301733.
Tn. Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid
Pengerusi Tetap Projek Lemang Taman Jaya 4
Persiapan awal untuk membakar lemang dilakukan ahli projek lemang 2009.

Ustaz Nawawi dan En. Leman pakar dalam melayorkan daun pisang atas api dapur gas
Kaum muslimat Taman Jaya 4 yang turut membantu menjayakan projek lemang 2009
Cikgu Hj. Azaman menyiapkan bahan-bahan untuk rendang rusa
Pulut biasa dicampur dengan sedikit pulut hitam
Cikgu Kamarul pakar memasukkan daun pisang ke dalam buluh
Kayu api disusun sebelum dihidupkan api untuk membakar lemang.
Api telah dihidupkan untuk membakar lemang
Menyiang daging rusa
Abang Din merasmikan pembakaran lemang perdana Taman Jaya 4 sejumlah 235 batang.
Ajies Burger dan Cikgu Dollah pakar memasukkan pulut dalam lemang
Ustaz Nawawi memasukkan pulut dalam buluh lemang
235 batang lemang telah dibakar
Cikgu Saparwan, Abang Din dan Cikgu Suhar petugas membakar lemang
Ustaz Hasbullah sedang memasak rendang rusa.
Abang Din membelah lemang pertama yang siap dimasak.
Lemang campuran pulut hitam siap dimasak dan dibelah cuma tidak boleh dirasa ketika ini kerana puasa
Rendang Rusa masak baiduri
Pengerusi Projek Lemang 2009 Tn Hj. Mohd Nawawi Abdul Hamid

Lemang dan rendang rusa siap untuk diagihkan kepada ahli yang menyertai projek lemang 2009
Lemang terakhir dibakar
Keletihan membakar lemang
Lemang siap dimasak
Sekian. Wassalam. Dari Blogger KTADFA.

1 ulasan:

  1. Wou....ramai yg puji....lemeng dn rendang rusa mmg kelasss.....kalah lemang yg di jual tepi jln..yg hanya nk kaut untung lebih2....tahniah peserta projek lemang TJ4....hubungan makin mesra mentua makin sayang...sebeb bawa balik lemang dan rendang rusa yg kelasss....(kebanyakan peserta adalah yg kene giliran beraya rumah mentua....

    BalasPadam

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007