Sabtu, 12 September 2009


TAZKIRAH


5 PELUANG PERCUMA


RasuluLlah saw bersabda,
اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك
قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
Maksudnya,” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu, (2)masa sihat mu
sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu,
(4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa hidup mu
sebelum mati mu” riwayat Muslim.

1. Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti kerana masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental…..peluang yang baik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal.
Masa muda tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua.
Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan….pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan selayaknya, pasti meninggalkan kenangan pahit di hari tua. Masa tua segala-segalanya tidak indah….tenaga sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, telinga sudah berat……….akhirnya sering dilanda sakit.

2. Sihat adalah kurnia Allah yang amat berharga…..jagalah dia sebaik mungkin. Jangan lakukan aktiviti yang merosakkan diri seperti merokok, menagih arak dan dadah. Tanpa sihat seluruh nikmat hidup akan hilang……makanan lazat dirasakan hambar, tilam empuk dirasakan tempat penyiksaan, ibadat terganggu, wang ringgit habis……segala-galanya terganggu. Nikmat sihat hanya disedari setelah dia sakit.

3. Harta-kaya boleh bertambah dan musnah dalam masa sekelip mata. Harta adalah anugerah
dan amanah Allah. Cara mencari dan menggunakannya mestilah mengikut peraturan dan undang-undang Allah. Carilah harta sebanyak mungkin TETAPI jangan jadi Qarun yang mabuk dengan harta, harta menjadikannya sombong, bakhil, tidak bersyukur, menentang kebenaran…..akhirnya diazab. Harta dimanfaatkan untuk ….…anak keluarga, fakir miskin, ibadat, agama, jihad-perjuangan dan lain-lain.

4. Masa lapang perlulah dihargai. Masa sangatlah bernilai. Masa adalah usia dan kehidupan itu
sendiri.Masa amatlah terbatas mengikut usia yang telah ditentukan sejak azali. Umur bagi umat ini seusia Nabi akhir zaman l/kurang 60 tahun. Ingat! 1/3 usia habis untuk tidur, tak termasuk masa kanak-kanak. Baki umur yang ada hanyalah separuh (30 tahun)……gunakannya sebaik mungkin untuk menyiapkan bekalan pengembaraan yang jauh, pengembaraan ke akhirat.SIBUK bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan bekalan. Penuhilah masa lapang dgn program berfaedah.

5. Hidup sebelum mati. Peluang ini hanyalah sekali jua. Dia dipilih jutaan benih seorang ayah.
Sepatutnya dia bersyukur dan mengisi kehidupan dengan program yang bermanfaat.
Setiap yang hidup….pastikan mati. كل نفس ذائقة الموت

Sabda Nabi saw, أكثروا من ذكر هاذم اللذات
Maksudnya, [ Perbanyakkanlah mengingati perkara-perkara yang menghapuskan
kelazatan (maut) ]
Dan sabdaNya lagi ---------- كفى بالموت واعظا = Cukuplah mati itu menjadi penasihat.

SabdaNya lagi, أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت، وأشدهم استعداد له، أولئك هم الأكياس،
ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة
Maksudnya, [ Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati, dan yang sangat membuat persediaan untuk menghadapinya (mati). Mereka itulah orang-orang
yang bijaksana (cerdik). Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat].

Lihat firman Allah, قل إن الموت الذى تفرون منه فإنه ملاقيكم،
ثم تردون إلى عالم الغيب والشهادة ، فينبئكم بما كنتم تعملون - سورة الجمعة : 8

Maksudnya, [ Katakanlah; bahawasanya mati yang kamu lari daripadanya itu PASTI akan
menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang
mengetahui yang ghaib dan nyata, kelak Dia akan memberitahu kamu segala apa
yang telah kamu lakukan].

Orang yang tenggelam dalam lautan dunia dan syahwat AKAN bencikan mengingati mati dan cuba untuk lari daripada mati. Orang yang tenggelam dalam arus keduniaan tidak akan mengingati mati. Kalau ingatpun kerana sedih yang dirinya akan meninggalkan harta benda itu.

Orang yang bertaubat dengan sebenarnya ialah orang yang sentiasa mengingati mati yang akan tiba, sehingga timbul dalam hatinya perasaan cemas dan takut. Perasaan sebegini akan menggerakkan dirinya untuk beramal dan terus melakukan amal kebajikan.

Orang yang mengenal dirinya PASTI akan sentiasa mengingati maut pada bila-bila masa. KERANA dengan matilah dia boleh bertemu dengan Kekasihnya yang ditunggu-tunggu seperti orang yang sedang bercinta. Bukankah orang yang sedang mabuk bercinta tidak pernah melupai janjinya untuk bertemu kekasihnya??????

Cara untuk mengingati mati;
a- Mengenang dan mengingati kawan-kawan yang lebih dahulu meninggalkan kita. Kenangkan bagaimana nasib mereka di dalam kubur. Bayangkan bertapa tanah telah menghilangkan rupa mereka, hancur lumat dimakan tanah. Mereka tidak dapat lagi ke mesjid . Mereka tidak dapat lagi menghadiri majlis pertemuan dan lainnya.
b- Menziarahi kubur dan orang sakit. Ini akan memperbaharui tekad untuk mengingati mati di dalam hati. Maka dengan itu mudahlah membuat persiapan-bekalan untuk mati dan terhindar daripada tipu daya dunia.

Ingatlah! Bahawa segala yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Tidak dapat tidak kita akan berpisah juga dengannya. Kata seorang penyair,
فَمَا قَضَى أَحَدٌ مِنهَا لُبَانَتَهُ * وَمَاانتَهَى أَرَبٌ إِلا إِلَى أَرَبِ
Maksudnya: “Tidak pernah selesai manusia daripada keperluan dunianya.
Melainkan selesai yang satu berpindah pula kepada yang lainnya”

والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Tetap Bertaqwa & Mendapat Rezeki

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Doa Menuntut Ilmu & Diberikan Hikmah

Pelajar Kelas Tahfiz 2007

Pelajar Kelas Tahfiz 2007